SHAH ALAM: Keadaan kesihatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
semakin stabil, demikian menurut isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail.
Semalam Anwar dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat tekanan darah yang kurang stabil.
Dalam perkembangan terbaru, Wan Azizah memaklumkan bahawa suaminya
masih dalam pemantauan doktor dan dijangka dapat keluar dari hospital
pada Jumaat ini.
"Alhamdulillah. Mungkin Anwar akan keluar hospital hari Jumaat.
"Beliau kini masih dalam pemantauan doktor," ujarnya.
Semalam Anwar dikejarkan ke hospital atas masalah kesihatan dan perkara
itu disahkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul
Iskandar Mohd Akin.
Pada Mei tahun lalu, bekas Ketua Pembangkang itu pernah dikejarkan ke hospital atas sebab yang sama.
Kesihatan Anwar dilaporkan merosot sejak Julai 2015 dan barisan
peguamnya pernah memohon supaya beliau ditempatkan sebagai tahanan
rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan