SUBANG: Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Affendi
Buang berkata pihaknya bersedia dengan beberapa pesawat lagi bagi
melaksanakan misi kemanusian bagi membantu pelarian Rohingya di
Bangladesh.
Pesawat Charlie C130 dan A400M kini diletakkan dalam keadaan bersiap
sedia untuk misi menghantar bantuan bekalan jika diminta oleh kerajaan.
“(Sabtu lepas) dilaksanakan misi kemanusiaan pertama, sekarang TUDM
tunggu keputusan selanjutnya daripada kerajaan bila misi seterusnya akan
dibuat.
“Kami akan pilih antara 2 aset ini, jika barang yang ingin dibawa
banyak, sudah tentu A400M lebih sesuai,” katanya kepada pemberita
selepas melancarkan Karnival Sukan 1 Keluarga bertemakan ‘Bangkit
Bersama Sukan 1 Keluarga’ di Pangkalan Udara TUDM Subang hari ini.
Sabtu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan Misi
Kemanusiaan – Negaraku Prihatin, menggunakan 2 pesawat A400M TUDM bagi
menghantar bekalan makanan dan barang keperluan seberat 12 tan ke
Chittagong di Bangladesh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan