KUANTAN: Seorang ahli perniagaan parah selepas ditembak tujuh das di
Jalan Besar Kuala Medang-Sg Koyan, Lipis, kira-kira jam 10 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob, berkata,
mangsa yang berusia 55 tahun diserang sekumpulan lima lelaki, yang
dipercayai melepaskan tembakan dari jarak dekat.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Raub dan
memandu kenderaan jenis Toyota Hilux secara berseorangan sebelum
diserang kumpulan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira.
"Motif kejadian masih lagi disiasat. Kami (polis) akan merakamkan keterangan mangsa sebaik saja keadaan mengizinkan.
"Kita turut meminta saksi kejadian tampil bagi membantu kami melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Beliau berkata, bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)
Pahang turut dipanggil bagi membantu siasatan, termasuk mendapatkan
kesan cap jari pada kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian.
Difahamkan, mangsa dibawa ke Klinik Sungai Koyan oleh orang ramai
sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lipis bagi mendapatkan rawatan
lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan