Sabtu, 23 September 2017

20 rumah setinggan di Wakaf Mek Zainab musnah

ANTARAPOS

Post Pic
 
  
KOTA BHARU: Dua puluh unit rumah setinggan di Wakaf Mek Zainab di Kota Bharu musnah dalam kebakaran awal hari ini.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 2.45 pagi tadi, menyebabkan 30 mangsa tinggal sehelai sepinggang.
 
"Lima belas unit rumah setinggan tersebut mempunyai penghuni manakala lima lagi tidak berpenghuni.
 
"Seramai 26 anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas pihak kami menerima panggilan pada pukul 2.52 pagi," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu hari ini.
 
Zaini berkata 10 unit rumah setinggan yang dibina menggunakan kayu telah musnah ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian.
 
"Kediaman yang disewa itu dibina berdekatan antara satu sama lain dengan keluasan 10x15 menyebabkan api cepat merebak... api dapat dikawal dalam 45 minit namun kesemua 20 unit kediaman itu tidak dapat diselamatkan," katanya.
 
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.
 
 

Tiada ulasan: