PASIR MAS: RISDA akur sekiranya kerajaan menolak cadangan menanam ketum bagi tujuan eksport, kata Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Zahidi berkata, cadangan itu tiada niat lain kecuali untuk meningkatkan
pendapatan pekebun kecil sehingga RM1,000 sebulan dari kawasan seluas
satu hektar, berbanding hanya RM200 sehingga RM300 sebulan hasil sawit
dari keluasan sama.
"Itu hanya cadangan selepas dapat permintaan dari Amerika Syarikat dan
Eropah. Jika Malaysia tidak bersetuju, mereka akan minta dari negara
lain," katanya selepas Program Gerakan Peningkatan Produktiviti
Peringkat Kelantan 2016, di sini hari ini.
Sebelum ini, RISDA bercadang menanam pokok ketum bagi memenuhi
permintaan pasaran luar negara untuk kegunaan dalam bidang perubatan dan
farmaseutikal.
Ketum disenaraikan dalam Akta Racun 1952 di Malaysia.
No comments:
Post a Comment