DIKEMASKINI PETALING JAYA: Kira-kira 14 orang cedera selepas sebuah bas persiaran terbalik di Kilometer 31.3 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur.
Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata,
mereka dimaklumkan mengenai insiden itu pada kira-kira pukul 4 petang
Rabu.
Beliau berkata, seramai 14 orang termasuk pemandu bas cedera dan dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.
Difaham, kenderaan itu menghalang kesemua lorong lebuhraya kecuali
laluan kecemasan, mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk
sepanjang 9 kilometer.
No comments:
Post a Comment