Josiah Ng
Mengapakah seseorang atlet perlu berlatih di luar negara? Adakah kita
benar-benar perlu membelanjakan jutaan ringgit wang kerajaan untuk
melahirkan atlet kelas dunia? Adakah Malaysia kekurangan kemudahan
latihan asas?
Ada beberapa sebab mengapa seseorang itu dihantar berlatih atau
meyertai pertandingan di luar negara perlu untuk atlet bagi kebanyakan
sukan. Kecuali badminton.
Malahan pasukan terjun kita berpangkalan di China untuk beberapa tempoh dalam setahun.
Untuk menghasilkan atlet bertaraf dunia anda perlu meletakkan mereka
dalam persekitaran pasukan sokongan berdaya saing serta persaingan yang
akan mendorong mereka ke tahap baru.
Apabila saya memilih untuk menempatkan semula pangkalan latihan skuad
elit kebangsaan 10 tahun lalu, saya memilih Australia berdasarkan 4
sebab:
1. Bakat - Di sana ada jurulatih, pelatih, ahli psikologi dan saintis sukan bertaraf dunia.
2. Pertandingan dan pesaing - Di Australia ada banyak pesaing dan
pertandingan bertaraf dunia diadakan sepanjang tahun. Ia adalah satu
daripada empat negara utama untuk sukan berbasikal trek. Tiga negara
lain ialah Britain, Perancis dan Jerman.
3. Jarak yang berhampiran dengan Malaysia - Penerbangan terus memakan masa antara tujuh hingga lapan jam.
4. Kesesuaian lokasi - Menurut Wikipedia, Australia mempunyai 59
velodrom dengan Victoria saja mempunyai 21 velodrom. Melbourne adalah
satu-satunya bandar raya di dunia memiliki dua velodrom bertaraf dunia!
Untuk perbandingan, Malaysia mempunyai dua velodrom dan salah satu
daripadanya tidak digunakan sejak beberapa tahun lalu, manakala satu
lagi adalah velodrom terbuka dan aktiviti latihan tertakluk kepada
keadaan cuaca.
Lakukan kajian ke atas setiap atlet dari dua sukan berprestasi tinggi
- olahraga dan renang - anda akan dapati ramai daripada kalangan mereka
berpangkalan di AS. Mengapa?
Sebab di sanalah wujudnya ekosistem untuk kedua-dua sukan berkenaan.
NCAA (National Collegiate Athletic Association yang memayungi 1,281
institusi, pertubuhan dan individu berkaitan sukan di AS) menjadi tempat
atlet memperoleh biasiswa tanpa mengira kewarganegaraan mereka.
Pelumba basikal kita Azizulhasni Awang kini sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di Universiti Victoria di Melbourne.
Pentadbiran di situ memberi sokongan penuh dan bekerjasama dengan
jadual latihan dan pertandinganya. Justeru dia dapat mengimbangi antara
pengajian dan sukan.
Perbelanjaan tinggi
Menempatkan atlet di luar negara memerlukan perbelanjaan besar.
Kerajaan kita boleh dianggarkan membelanjakan AS$100,000 setahun untuk
seorang atlet bagi kemudahan penginapan, makanan, latihan dan pakar
perunding.
Hanya atlet kelas dunia yang konsisten diberi peluang untuk menikmati
bantuan kewangan itu. Bakat baru diberi peluang antara satu hingga tiga
bulan pada sesuatu masa.
Sebagai perbandingan kos untuk menampung atlet di peringkat dalam negara adalah 20 hingga 30 peratus (lebih rendah).
Bolehkah kita menempatkan pasukan elit kebangsaan (dalam negara) tetapi masih mendapat keputusan yang sama?
Dalam sukan berbasikal trek untuk tempoh 10 tahun lalu, saya terpaksa menjawab "tidak".
Pertama, ketika ini tiada sebarang litar kayu 250 meter tertutup di
Malaysia, malah di Asia Tenggara.
Kemudahan diakui dunia paling dekat
berada di Perth, Australia yang memerlukan penerbangan selama empat jam
dari Kuala Lumpur.
Amat penting untuk seseorang atlet berlatih di atas kemudahan (trek) yang sama seperti semasa mereka bertanding.
Bagaimana jika dibina trek tertutup 250 meter di Malaysia? Adalah
selepas itu kita boleh melatih atlet di dalam negara dan mencapai
keputusan sama atau lebih baik berbanding pelatih ditempatkan di luar
negara?
Ia mungkin lebih berdaya maju. Tetapi anda masih perlukan kakitangan bertaraf dunia serta kekerapan pertandingan.
Kini kita memberi pendedahan antarabangsa kepada kakitangan tempatan serta peluang untuk mereka meningkatkan kemahiran.
Saya sudah nampak hasilnya. Di Rio de Janeiro sejumlah kakitangan
teras kita adalah rakyat Malaysia. Mereka melakukan tugas dengan
cemerlang dan wajar diberi banyak pujian dengan kejayaan memperoleh
pingat gangsa.
Malah sejumlah jurulatih - sebahagian daripada mereka adalah rakan
sepasukan saya - begitu cemerlang. Mereka bertanggungjawab untuk projek
pembangunan bakat-bakat baru.
Saya percaya dalam tempoh lima tahun akan datang, kita akan mempunyai
bakat sukan 100 peratus dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.
#MalaysiaBoleh
JOSIAH NG bekas atlet berbasikal negara dan salah seorang pelumba
profesional dikenali di peringkat dunia. Dia bersara pada 2015 ketika
berusia 35 tahun.
No comments:
Post a Comment