shahbudindotcom
Timbalan
Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mahu pendahulunya,
Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti jika benar dalam akaun bank Najib
Razak sudah menerima kemasukan wang kira-kira RM1,000 juta sebelum
wujudnya kontroversi RM2,600 juta yang didakwa sebagai derma daripada
anak Raja Arab.
Kata beliau, Muhyiddin tidak wajar membuat dakwaan yang hanya berdasarkan khabar angin.
"Minta dia berikan bukti jika dia ada. Dia menuduh Perdana Menteri kita, jadi dia mesti menunjukkan bukti," kata Zahid lagi.
Dalam
hal ini, Zahid seharusnya sedar bahawa Muhyiddin tidak membuat dakwaan
tersebut berdasarkan khabar angin di kaki-kaki lima, tetapi jelas
menyebutnya bahawa setelah ditunjukkan bukti oleh Gani Patail yang
merupakan Peguam Negara ketika itu.
Bukti itu sekarang sama ada dalam simpanan Gani Patail atau salinannya turut ada pada Muhyiddin.
Tetapi,
sebelum Zahid mahu meminta Muhyiddin menunjukkan bukti, beliau yang
pernah menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional juga sepatutnya sedar
mengenai wujudnya Akta Bank dan Institusi Kewangan atau BAFIA yang
menghalang maklumat perbankan seseorang didedahkan kepada umum.
Jika
Muhyiddin mendedahkannya, belum pun kebenarannya dakwaanya itu
disiasat, sudah pasti kesalahannya dibawah BAFIA akan diambil tindakan
terlebih dahulu.
Maknanya,
jika pun Muhyiddin mendedahkan bukti tersebut sebagai memenuhi
permintaan Zahid, ia tidak memberi makna apa-apa kepada kebenaran yang
ingin diketahui.
Sesuai
sebagaimana kata Muhyiddin semalam bahawa maklumat mengenai wang
RM1,000 juta itu ditunjukkan sendiri oleh Gani Patail kepadanya ketika
menjadi Timbalan Perdana Menteri, apa yang harus dilakukan ialah Najib
sendiri seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua
mereka itu.
Hanya
dengan keberanian Najib menyaman Muhyiddin dan Gani Patail saja,
barulah kebenaran atau maklumat bank mengenai wang RM1,000 juta itu
dapat didedahkan serta diketahui kebenarannya.
Soalnya, beranikah Najib?
Jika
Najib tidak berani, apa kata Zahid sendiri atau mana-mana penyokongnya
yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhyiddin dan Gani Patail
berkaitan kebenaran dakwaan wang RM1,000 juta itu.
No comments:
Post a Comment