Wednesday, August 31, 2016

Anggota tentera cedera dalam demonstrasi Hari Kemerdekaan

 
 
Koperal Sabdi ditempatkan di Wad Kecemasan HTJS selepas menjalani rawatan
Koperal Sabdi ditempatkan di Wad Kecemasan HTJS selepas menjalani rawatan

Seorang anggota tentera cedera terkena parang di tapak tangan ketika melakukan demonstrasi Tempur Tanpa Senjata (TTS) pada perbarisan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan pagi tadi.

Koperal Sabdi Iman dari Unit Jururadio Kompeni Bantuan, 24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dan keadaannya dilaporkan stabil.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Koperal Sabdi bersama pasukannya yang terlibat dalam perbarisan itu dikatakan gagal menahan serangan senjata menyebabkan tapak tangannya hampir terputus.

“Anggota berkenaan tercedera terkena parang di tapak tangan kanan ketika membuat demonstrasi menahan serangan senjata.

“Mangsa kemudian dibawa ke HTJS dengan ambulans untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” kata satu kenyataan kepada media hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Koperal Sabdi mengalami kepeningan disebabkan kehilangan banyak darah.


No comments: