KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan nafi mengeluarkan kenyataan media
penutupan sekolah di beberapa negeri esok berikutan jerebu.
Menteri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kenyataan media disebarkan
menerusi Facebook menggunakan logo Kementerian Pendidikan itu adalah
palsu.
"Saya menafikan bahawa kementerian mengeluarkan kenyataan media itu,"
katanya mengulas laporan itu dalam Facebook rasminya, hari ini.
Mengikut kenyataan media palsu berkenaan, semua sekolah di Selangor,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan,
Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak ditutup esok.
Ini kononnya berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 101 hingga 200 tidak sihat dan IPU 201 hingga 300 sangat tidak sihat.
No comments:
Post a Comment