Oleh Shuhaniza Said
BUKIT DAMANSARA: Umno perlu melakukan dua pendekatan bagi mengukuhkan
saf dikalangan ahli partinya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),
yang dijangka menjelang dalam tempoh kurang dua tahun daripada sekarang.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman
berkata, dua pendekatan tersebut adalah dari segi memperkukuhkan
dalaman Umno itu sendiri dan dalam masa yang sama menggiatkan usaha
memberi penjelasan terhadap dakyah yang disebarkan pihak lawan.
"Kuatkan parti, kukuhkan.. dan dalam masa yang sama serang parti-parti
lawan untuk menangkis segala dakyah, persepsi supaya ia tidak merosakkan
persepsi orang diluar parti kepada Umno. Orang luar itu perlu punyai
keyakinan kepada Umno, jadi Umno mesti tanamkan keyakinan ini.
"Menerusi apa yang berlaku sekarang ini, untuk menerangkan keadaan
semasa yang sebenarnya kepada setiap lapisan masyarakat supaya dakyah di
luar tidak diterima. Maknanya beri jawapan dan penerangan kepada dakyah
oleh pihak luar untuk menentukan dakyah itu salah," katanya kepada
Antarapos.
Ujarnya, Umno berdepan dengan krisis keyakinan bukan saja dikalangan
masyarakat bahkan tidak terkecuali dalam kalangan ahli parti sendiri.
"Isu-isu yang melingkari presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Razak,
misalnya kontroversi 1Malaysia Developmnet Berhad (1MDB) dengan
perkembangan terbaru yang melibatkan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika
Syarikat secara tidak langsung memberikan kesan yang bukan sedikit
terhadap parti, kata beliau.
Malah tambah beliau, dengan kewujudan media sosial lagi memudahkan
pelbagai jenis maklumat disebarkan, ia secara tidak langsung
'menyukarkan' usaha parti Melayu itu mengekang persepsi buruk daripada
kalangan generasi muda.
"Jadi sekiranya kita biarkan perkara ini berterusan, ianya akan menghakis keyakinan anak-anak muda Melayu kepada Umno.
"Dan Umno ini sebenarnya masih lagi tonggak perjuangan politik Melayu
dengan Umno itu sinonim. Jangan kita biarkan ia terhakis dari segi
kepercayaan anak-anak muda.
"Kalau itu berlaku, bermakna akan merosot dari segi pengaruh dan PRU14
ini adalah satu cabaran besar kepada Umno untuk menentukan mereka masih
kuat dan masih boleh menang," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment