MALAYSIAKINI
LIHAT VIDEO DI SINI
Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu
Hassan mengesahkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan
menyertai himpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur esok.
Dalam kenyataannya, Khairuddin berkata, keputusan itu dibuat sebagai
memenuhi jemputan dan kehendak Persatuan Mahasiswa Melayu Malaysia
dengan kehadiran Mahathir di Dataran Merdeka pada sebelah petang.
"Secara peribadi, saya berharap keseluruhan rakyat akan turun secara
beramai-ramai untuk memberi sokongan moral pada himpunan ini," kata
beliau lagi.
Hari ini, kira-kira 20 pelajar Malaysia di Australia mengadakan
himpunan #TangkapMO1, lebih awal sehari daripada perhimpunan utama esok.
Kumpulan pelajar tersebut berkumpul di Australian National University
di Canberra dalam acara yang dianjurkan oleh Malaysian Progressives in
Australia (MPOZ).
Kebanyakan peserta adalah penuntut Malaysia yang datang dari beberapa
universiti di seluruh Australia antaranya Canberra, Sydney, Melbourne
dan Perth.
PAS, bagaimanapun, setakat ini belum mengesahkan penyertaan pada
himpunan itu walaupun rata-rata parti pembangkang di negara ini
menyokongnya.
Pihak penganjur acara tersebut mengesahkan perhimpunan itu akan
diteruskan seperti yang dirancang walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri
Khalid Abu Bakar tidak membenarkan perhimpunan tersebut diadakan di
Dataran Merdeka ekoran penganjur tidak mendapat kebenaran daripada Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
No comments:
Post a Comment