MALAYSIAKINI
LIHAT VIDEO DI SINI
Pertubuhan Pembela Nasib Melayu (Gerakan Merah) tidak akan mengadakan
demonstrasi balas menentang himpunan #TangkapMO1 yang dijadualkan
Dataran Merdeka esok.
"Kami, Gerakan Merah, tidak akan mengadakan perhimpunan atau protes
kerana menghormati keputusan polis Kuala Lumpur dan polis Dang Wangi.
"Gerakan Merah akan ikut arahan polis untuk tidak membantah," kata
presidennya, Mohd Ali Baharom, yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju
dalam kenyataan.
"Ini (#TangkapMO1) adalah himpunan budak-budak kecil, budak sekolah
yang cuba belajar nak buat demo.
Jadi, kita serahkan kepada pihak
berkuasa PDRM supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana budak
yang menganjurkan himpunan tangkap MO1," katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus yang
mengetuai Himpunan Merah turut mengesahkan pihaknya tidak akan terlibat
dalam mana-mana demonstrasi balas esok.
"Jika ada kumpulan yang menentang himpunan itu, ia bukan dari kumpulan saya," katanya kepada Malaysiakini.
Jamal, bagaimanapun, yakin bahawa himpunan #TangkapMO1 akan gagal mendapat sokongan orang ramai.
"Ia tidak akan menjadi seperti BERSIH. Jika kanak-kanak ini datang,
mereka akan kumpulkan 100 atau 200 orang. Jika berjaya kumpulkan 1,000
atau 2,000 orang, ini bermakna mereka berjaya," tambahnya.
No comments:
Post a Comment