DETIK DAILY
PETALING
JAYA: Peguam Matthias Chang semalam mempertahankan Umno daripada
tuduhan ia sebuah parti yang korup seperti kerap diutarakan pihak
pembangkang.
Sebaliknya, bekas setiausaha politik Tun Dr
Mahathir Mohamad itu mendakwa rasuah hanya mula menjadi amalan Umno
selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kepimpinan parti itu.
“Perlu adil kepada Umno,” katanya kepada FMT.
“Ia
banyak berjasa pada masa lampau. Hanya selepas Najib Razak menjawat
perdana menteri, ia ditimpa seperti yang berlaku sekarang ini,” kata
Matthias, yang sebelum ini lantang dalam menggesa pihak berkuasa luar
menyiasat 1MDB.
Matthias berkata tidak pernah dalam sejarah Malaysia ia terjerumus dalam masalah yang menurutnya tidak ada lagi jalan keluar.
Berucap
di sebuah forum mengenai 1MDB semalam, Matthias mempertahankan bekas
bosnya, Dr Mahathir, yang menurutnya dihormati masyarakat antarabangsa.
“Di
kala negara Timur Tengah gagal menunjukkan Islam yang sebenar, kita
dilihat sebuah negara Islam yang progresif dan sederhana,” kata
Matthias.
“Ke mana sahaja kita pergi, kita berasa bangga, tetapi
kini, dengan krisis 1MDB, kita berasa malu,” katanya, yang menambah Dr
Mahathir tidak pernah mengaku dirinya sempurna.
No comments:
Post a Comment