Khamis, 7 Oktober 2021

SPRM siasat dakwaan penyelewengan royalti pasir di Melaka

MALAYSIA POST

SPRM siasat dakwaan penyelewengan royalti pasir di Melaka

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron berhubung dakwaan penyelewengan projek berkaitan royalti pasir di Melaka yang dibuatnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan memandang serius dakwaan isu pembolotan projek ekonomi dan menipu kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di negeri berkenaan.

“Sehubungan itu, mana-mana pihak yang memiliki maklumat atau bukti salah laku rasuah dan penyelewengan berhubung isu berkenaan diminta tampil untuk memberi kerjasama kepada SPRM.

“Ingin ditegaskan bahawa kegagalan untuk melaporkan mana-mana salah laku di bawah Akta SPRM merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 25 Akta SPRM 2009,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Idris dalam satu temubual kelmarin mendakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh pemimpin Umno.

Beliau mendakwa terpaksa menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka untuk menyelamatkan Umno daripada ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. – Malaysiapost

Tiada ulasan: