PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan peguam Muhammad Shafee Abdullah berhubung saman fitnahnya terhadap Majlis Peguam kerana melanggar tanggungjawab statutorinya dan dua peguam lain dalam percubaan untuk membincangkan kelakuan beliau sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam kes Liwat II Anwar Ibrahim ketika mesyuarat agung tahunan badan itu pada 2015.
Hakim Abdul Rahman Sebli, yang menyampaikan penghakiman panel tiga hakim berkata, Majlis Peguam, Tommy Thomas dan VC George bertanggungjawab atas tindakan mereka.
Namun katanya, hanya Majlis Peguam harus membayar ganti rugi kerana ia adalah sebuah badan berkanun bawah Akta Profesion Undang-Undang.
Panel berkenaan, yang turut dianggotai hakim Rohana Yusuf dan Vernon Ong Lam Kiat, mengembalikan kes ini ke Mahkamah Tinggi untuk penilaian ganti rugi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan