Jumaat, 22 Oktober 2021

Perikatan Nasional lancar Gerai Prihatin Rakyat di Melaka

PERIKATAN Nasional (PN) hari ini melancarkan secara rasmi Gerai Prihatin Rakyat secara pandu lalu (drive-thru) untuk rakyat Melaka sebagai usaha untuk membantu rakyat yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi PN yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diadakan di sebuah hotel di Melaka, semalam.

Sebelum ini, PN Melaka telah mengadakan beberapa operasi Gerai Prihatin Rakyat tersebut seperti di beberapa tempat di sekitar Melaka seperto Bertam Hulu, Alor Gajah dan lain-lain.

“Alhamdulillah, hari ini operasi Gerai Prihatin Rakyat Parlimen Alor Gajah di perkarangan tempat letak kereta Freeport A’Famosa Outlet yang diadakan secara ‘Drive-thru’ berjalan dengan lancar.

“Semoga dengan inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat bagi menghadapi cabaran di musim pandemik COVID-19,” kata Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen dalam entri laman Facebook rasminya baru-baru ini.

Menurut Rafiq, Gerai Perihatin Rakyat yang dijalankan hari ini adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. – UtusanTV

Tiada ulasan: