BELURAN: Pembukaan semula pasar tani di seluruh negara akan memberi manfaat kepada lebih 9,000 usahawan dan dijangka mampu menjana nilai jualan sehingga RM110 juta.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, dengan beroperasinya pasar tani tersebut, ia akan memberi peluang kepada 2.5 juta pelanggan mendapatkan produk agromakanan yang ditawarkan.
Walau bagaimanapun, setakat ini sebanyak 208 daripada 312 pasar tani di seluruh negara telah mula beroperasi dan selebihnya akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Dalam pada itu, beliau berkata, usaha menaik taraf tapak tamu akan terus dilaksanakan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memperkasakan pemasaran hasil pertanian melalui pembangunan outlet pemasaran kekal.
“Sehingga September, sembilan lokasi pasar tamu telah dinaik taraf termasuk lima lokasi pasar tamu yang masih di peringkat pembinaan termasuk pasar tamu Beluran yang dijangka siap pada Mei 2022 membabitkan peruntukan sejumlah RM746,000 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
“Pasar tamu Beluran akan memberi manfaat kepada 170 orang peserta sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan