Selasa, 5 Oktober 2021

Peluang rancak pembangunan Pantai Timur dikenal pasti – PM

ISMAIL Sabri Yaakob mempengerusikan mesyuarat ECERDC melalui sidang video hari ini. - FB Ismail Sabri

KERAJAAN sedang mengenal pasti peluang merancakkan pembangunan di Pantai Timur serta memastikan projek-projek yang dilaksanakan di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjalan lancar, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi perkongsian di laman sosial Facebooknya berkata dengan strategi yang baik, Pantai Timur dan Malaysia amnya pasti dapat menarik lebih banyak pelaburan untuk pembangunan ekonomi di samping menambah baik kualiti hidup sedia ada.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat ECERDC melalui sidang video hari ini berkata pelaburan juga dapat mencipta peluang pekerjaan serta meningkatkan keupayaan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini.— BERNAMA

Tiada ulasan: