Isnin, 4 Oktober 2021

Pekerja swasta mungkin diwajib ambil vaksin – KJ

 MALAYSIA POST

Pekerja swasta mungkin diwajib ambil vaksin – KJ

[PARLIMEN] BEBERAPA sektor lain termasuk swasta kemungkinan akan turut dikenakan arahan mewajibkan pekerja masing-masing mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, sama seperti penjawat awam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata meskipun jumlah populasi dewasa yang belum menerima vaksin sangat kecil, beberapa langkah sedang dilaksanakan bagi memastikan kadar vaksinasi ditingkatkan.

Katanya, terdapat beberapa langkah sedang dilaksanakan di peringkat sektor-sektor tertentu untuk memastikan kadar vaksinasi dapat ditingkatkan untuk meliputi semua.

“Contohnya kenyataan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) mengenai pengambilan vaksin Covid-19 secara mandatori kepada penjawat awam dan selepas itu beberapa sektor lain termasuk swasta mungkin akan disyaratkan vaksinasi.

“Untuk yang masih tegar tidak mahu menerima vaksin, kita telah umum beberapa kebebasan hanya akan diberi kepada mereka yang telah menerima vaksin lengkap,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan memuat naik maklumat berhubung kesan sampingan yang serius akibat pengambilan vaksin Covid-19 di laman web KKM hari ini.

Beliau berkata, setakat ini tiada satu pun kematian disebabkan vaksin Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: