Khamis, 14 Oktober 2021

Pastikan Keluarga Malaysia selamat dari Covid-19 – KP Kesihatan

heart disease World Heart Day
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Penularan Covid-19 dalam negara belum berakhir, sebaliknya kerajaan masih berjuang dengan strategi baharu dalam menuju ke arah fasa endemik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, rakyat hanya boleh memenangi perang Covid-19 jika mereka mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

“Setiap daripada kita memainkan peranan dalam memastikan “Keluarga Malaysia” selamat dari Covid-19. Prinsip panduan kementerian adalah jelas dan tanggungjawab kita adalah untuk melaksanakannya,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pertempuran di medan perang baru dengan strategi berbeza akan berlaku pada minggu depan berikutan kelonggaran merendas desa yang dibenarkan baru-baru ini.

Pada Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan kebenaran rentas negeri dan kelonggaran dalam sektor pelancongan tempatan berkuatkuasa Isnin lepas bagi individu yang telah lengkap divaksinasi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: