KKM perhati ramai tidak pakai semula pelitup muka semasa bersembang
KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan orang ramai supaya mengenakan semula pelitup muka sejurus selesai makan di restoran.
Beliau berkata, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya mendapati ramai yang meneruskan percakapan tanpa memakai semula pelitup muka seusai makan.
“Peringatan mesra ketika anda dine in, tolong pakai semula pelitup muka selepas anda selesai makan.
“@KKMPutrajaya dapati terlalu banyak contoh orang ramai buka pelitup muka mereka ketika bercakap.
“Bila dah habis makan dan mahu sembang pasca makan, pakai semula pelitup muka. #ReopeningSafely,” ciapnya di laman Twitter, hari ini.
Terdahulu, Khairy turut mengingatkan warga emas untuk mengelakkan kawasan yang sesak dan sentiasa berhati-hati.
“Untuk mengatasi kenaikan indikator utama kemasukan ke hospital, @KKMPutrajaya ingin menasihati warga emas untuk mengelakkan kawasan yang sesak dan berhati-hati ketika menghadiri majlis sosial yang melibatkan penanggalan pelitup muka, misalnya makan di kedai,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan