Selasa, 26 Oktober 2021

Mangsa banjir di Pendang meningkat

PENDANG: Mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 140 orang dari 36 keluarga, berikutan keadaan paras air sungai semakin naik.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pendang merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff, berkata jumlah itu setakat jam 8 malam hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Rakan Sukan Tanah Merah seramai 139 orang dari 35 keluarga setakat jam 4 petang tadi.

"Paras air meningkat semula dan mencecah sehingga 2.90 meter disebabkan hujan lebat yang melebihi dua jam semalam dan pergerakan air Sungai Pendang yang deras.

"Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Sukamari, Kampung Seberang Pendang, Kampung Alor Punti, Kampung Batu 16, Kampung Tanah Merah Dalam Kampung Tanjung Radin, Kampung Banggol Besi, Kampung Tok Pauh, Kampung Alor Ali, Kampung Titi Kera, Kampung Sungai Mati," katanya ketika dihubungi hari ini.

Yuslina berkata, keadaan terkini ketika ini cuaca mendung dan air sungai belum surut.

Beliau berkata, banjir yang berlaku sejak Khamis lalu disebabkan hujan lebat melebihi dua jam menyebabkan air Sungai Pendang melimpah secara mendadak dan menyebabkan limpahan air di lima mukim di daerah ini.

"Limpahan air berlaku disebabkan aliran arus yg deras menyebabkan beberapa rumah berhampiran Sungai Pendang dinaiki air," katanya

Tiada ulasan: