PETALING JAYA: Pengacara terkenal, Maria Tunku Sabri berkongsi keadaanya terkini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), selepas dimasukkan ke pusat itu tempoh lalu akibat jangkitan virus Covid-19.
Menerusi entri Instagram, pengacara terkenal rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) itu memuat naik satu video yang memaparkan dirinya di pusat kuarantin tersebut buat tatapan umum.
Menurut Maria, bacaan paras oksigen dan darahnya tinggi kini telah kembali normal namun kuman yang terdapat di dalam saluran darah di tahap yang membimbangkan.
“Maafkan saya tiada berkongsi khabar berita dari saya di dalam MAEPS kerana ingin rehat dan pulihkan sakit yang kita tidak nampak.
“Kerana dalaman dan luaran badan nampak susut, apa nak buat sakitkan. Bacaan oksigen dan darah tinggi normal cumanya kuman dalam darah semakin mengganas,” kongsinya di Instagram.
Mengulas lanjut, Mara turut memohon maaf andai dirinya pernah membuat salah kepada mana-mana pihak sebelum ini.
“Saya Maria Tunku Sabri memohon maaf jika ada salah dan silap dengan sesiapa sahaja.
“Halalkan makan dan minum saya selama ini ya. Baiklah, saya nak berehat ya semua. Sejujurnya saya rasa dah letih dan penat sangat,” ujarnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan doa agar diberikan kesembuhan seperti sedia kala selain meniupkan kata-kata semangat buatnya.
Sebelum ini, Maria terpaksa dikejarkan ke MAEPS selepas tahap kesihatannya menurun akibat jangkitan virus berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan