Oleh KOSMO!
PETALING JAYA – Data terbaharu kajian klinikal oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDCs) Amerika Syarikat mendapati orang dewasa yang tidak divaksin adalah 12 kali ganda berisiko mendapat jangkitan yang teruk berbanding mereka yang lengkap vaksinasi.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), data tersebut adalah selari dengan kajian melibatkan lebih 14 juta populasi dewasa di Malaysia yang mendapati vaksinasi lengkap adalah berkesan dalam mencegah risiko jangkitan.
Selain itu kata KKM, ia juga berkesan mengurangkan risiko jangkitan yang teruk sekaligus berkesan mengurangkan kemasukkan ke hospital dan kematian.
“Kajian juga membuat kesimpulan semua vaksin Covid-19 yang digunakan di Malaysia di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah berkesan.
“Justeru, populasi dewasa dan remaja perlu mengambil dan melengkapkan vaksinasi untuk perlindungan diri dan keluarga,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.-K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan