Oleh KOSMO!
Rakaman video mengejutkan menunjukkan seekor gajah memijak seekor buaya sehingga mati. - YouTube
LUSAKA, ZAMBIA – Seorang pengunjung sebuah taman safari merakam video menunjukkan seekor induk gajah memijak seekor buaya sehingga mati selepas haiwan pemangsa itu menghendap anaknya di Sungai Zambezi, lapor laman berita Mail Online semalam.
Hans Henrik Haahr dari Denmark merakam insiden seekor gajah Afrika bersaiz besar yang menyerang buaya tersebut dalam satu serangan ganas di hadapan sebuah safari di Zambia.
Video penuh dramatik itu menunjukkan ibu gajah itu memijak buaya yang memiliki panjang sekitar 3 meter itu sehingga mati.
Selepas beberapa minit, gajah itu mencapai ekor buaya itu dan mengangkatnya dari dalam sungai tersebut.
Kem Sungai Baines berkongsi video tersebut menerusi laman Facebooknya.
“Pengunjung menyaksikan insiden penuh dramatik ini antara dua haiwan paling digeruni di Afrika.
“Ini mungkin merupakan serangan balas daripada gajah itu terhadap buaya yang menghendap anak dan kawanannya,” demikian kenyataan dimuat naik bersama hantaran itu. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan