Selasa, 19 Oktober 2021

Dr. Suhaini penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Kebangsaan

lgbt
Dr Suhaini Kadiman

KUALA LUMPUR – Ketua Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Suhaini Kadiman dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Kebangsaan 2021.

Pemilihan beliau sempena Sambutan Maulidur Rasul 2021 hari ini.

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu merupakan pakar perubatan yang berkarisma dan berkaliber dalam pengamalan perubatan kardiovaskular.

Dr. Suhaini merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) yang merupakan sebuah NGO dianggotai oleh gabungan tenaga ystem ional kesihatan.

Enam lagi penerima adalah pakar Syariah dalam pengembangan ilmu Fiqh dan Usul Fiqh, Datin Dr Paizah Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, TSyeikh Zakaria Othman; Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH, Alwi Morshidi; Pengasas Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd, Ali Hassan Mohd Hassan; Pengurus Besar Pondok OKU, Mohd Zaini Mat Abas dan bekas penyelia KAFA, JAKIM, cawangan Sabah, Mohd Amin Nasir bagi Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: