Isnin, 4 Oktober 2021

Capai sahaja 90 peratus, saya akan umum kebenaran rentas negeri – PM

MALAYSIA POST

Capai sahaja 90 peratus, saya akan umum kebenaran rentas negeri – PM

KERAJAAN tidak berhasrat untuk menyekat pergerakan rakyat selama-lamanya.

Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengotakan janjinya untuk membenarkan pergerakan merentas negeri sebaik sahaja populasi dewasa mencapai 90 peratus vaksinasi lengkap.

“Kita faham, tapi kerana masalah kesihatan kita sekat dahulu pergerakan. Tapi saya dah kata kita tak akan sekat pergerakan rakyat kita selama-lamanya.

“Saya dah umumkan, kalau 90 peratus rakyat secara keseluruhannya menerima dua dos vaksin, kita akan benarkan pergerakan rentas negeri.

“Hari ini saya percaya dah 86, 87 peratus. Sebab Rabu lepas 85.5 peratus. Saya percaya hari ini empat, lima hari akan bertambah lagi.

“Saya percaya masa untuk rentas negeri sudah hampir. Saya akan immediately umum kebenaran rentas negeri apabila sampai 90 peratus,” katanya dalam program eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan Astro Awani, malam ini.

Ditanya kenapakah kerajaan tidak membenarkan pergerakan merentasi negeri apabila peratusan populasi dewasa mencapai 80 peratus lengkap divaksinasi seperti yang dijanjikan dahulu, Perdana Menteri ada alasannya tersendiri.

“Dulu ada janji 80 peratus boleh rentas negeri, kenapa tiba-tiba jadi 90 peratus. Kita lihat apabila 80 peratus, kita lihat banyak negeri yang peratusannya masih kecil.

“Kalau kita buka whole Malaysia kita tak mahu tinggalkan negeri-negeri yang masih kecil peratusan vaksin. Jadi sebab itu kita tunggu 90 peratus kerana kita percaya apabila 90 peratus, setiap negeri dah 80 peratus lebih.

“Jadi, once 90 peratus kita akan umumkan, ini berita gembira untuk rakyat Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: