3 perkara penting diusulkan untuk perhatian kerajaan Persekutuan
BANGI – Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) menyerahkan memorandum cadangan Belanjawan Berwibawa 2022 ke Putrajaya, petang tadi.
Delegasi yang diketuai Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Lukman Al Hakim itu menyerahkan cadangan berkenaan kepada Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah.
Menerusi kertas cadangan itu, tiga perkara penting diusulkan BERJASA.
“BERJASA memohon supaya usaha pemulihan dan pemerkasaan tapak warisan dunia (sebagai contoh Tapak Ekskavasi Sungai Batu yang diiktiraf sebagai tamadun tertua Melayu).
“Kita berharap lokasi berkenaan perlu digembleng bagi memastikan identiti negara kekal terpelihara.
“Selain itu, isu dana sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) turut diberi perhatian dalam cadangan belanjawan berkenaan supaya tidak mengulangi dan tiada penyalurkan ke arah dana itu.
“Kami juga menggesa tiada lagi dana kerajaan disalurkan kepada SMPC yang jelas bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Malah BERJASA turut memberi perhatian kepada insentif bantuan rakyat yang dilihat perlu diteruskan demi menjamin kelangsungan hidup dalam berdepan situasi sukar pasca pandemik.
Lukman dalam masa sama, berharap cadangan yang diusulkan itu dipertimbangkan sewajarnya untuk diluluskan dalam pembentangan belanjawan kelak.
“Kami akan lancarkan dokumen Belanjawan Berwibawa 2022 yang penuh pada 27 Oktober nanti yang ditunjangi tujuh teras utama yang memuatkan 100 cadangan,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan