Khamis, 7 Oktober 2021

Aktiviti pendakian dibenar di Hutan Taman Negeri Selangor

 Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

SHAH ALAM: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) mengumumkan senarai kawasan Hutan Taman Negeri (HTN) yang dibenarkan untuk aktiviti pendakian bagi tempoh Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menerusi hantaran di laman Facebook, JPNS memaklumkan kawasan HTN yang dibenarkan di daerah Selangor Tengah adalah Gunung Nuang, Gunung Hitam, Bukit Cenuang, Air Terjun Sungai Lepoh, Bukit Saga, Bukit Apek, Bukit Broga, Bukit Kembara, Air Terjun Ulu Perdik, Air Terjun Sungai Pisang dan Air Terjun Sofea Jane.

Bagi daerah Hulu Selangor pula, kawasan HTN yang dibenarkan adalah Gunung Ulu Semangko, Bukit Choroko, Bukit Kutu, Air Terjun Lata Medang, Air Terjun Lata Macau, Air Terjun Setinggi, Air Terjun Lubuk Kawah, Air Terjun Lubuk Tedung dan Bukit Repin.

Sebarang pertanyaan dan borang permit, boleh dimuat turun di laman web rasmi JPNS.

"Setiap satu kumpulan hanya dibenarkan seramai tujuh orang pendaki saja," katanya hari ini.

Sebelum ini, JPNS mengumumkan Taman Eko Rimba Negeri Selangor mula dibuka kepada pengunjung pada Sabtu lalu.

Bagi laluan pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Selangor pula dibuka kepada pengunjung mulai 9 Oktober ini.

Tiada ulasan: