Sabtu, 23 Oktober 2021

94.4% dewasa, 72.2% populasi lengkap divaksinasi

MALAYSIA NOW

97.4% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

23,565,799 individu atau 94.4% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara itu, 25,344,201 atau 97.4% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Bagi populasi keseluruhan, 72.2% telah menerima vaksinasi lengkap dan 77.6% lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk suntikan tunggal vaksin CanSino.

Sejumlah 157,999 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 48,831,214.

Kelantan dan Sabah kekal berada di bawah kadar 80% vaksinasi bagi dewasa masing-masing 77.3% dan 71.8%.

Tiada ulasan: