Thursday, December 24, 2020

Kes cabul: Pengetua madrasah direman semula

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pasangan itu, Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, merancang bernikah pada Jumaat ini.
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Polis Kelantan mereman semula seorang pengetua madrasah di Machang, bermula hari ini hingga 26 Dis ini, susulan menerima dua laporan kes cabul yang mengaitkan pendakwah terkenal negeri itu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata laporan berkenaan diterima di Balai Polis Kuang, di Selangor dan Balai Polis Bayan Lepas, di Pulau Pinang.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati kedua-dua pengadu merupakan bekas pelajar lelaki yang menuntut di madrasah berkenaan dan mendakwa mereka telah dicabul suspek dalam kejadian berasingan pada 2018.

“Keterangan daripada mangsa pertama berlaku pada Mei 2018, kira-kira 1 pagi di rumah suspek” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Berdasarkan keterangan daripada mangsa kedua pula, kejadian berlaku pada November 2018, kira-kira  11 malam di sebuah bilik asrama madrasah di Machang,” katanya sambil menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.— BERNAMA

No comments: