Thursday, December 24, 2020

Jalani rawatan tanpa keluarga disisi, warga Malaysia tabah bertarung nyawa di Hospital Sydney

Khaidir, 34, dirawat di Pusat Kanser Kinghorn, Hospital St Vincent untuk MDA5, 
penyakit autoimun yang jarang dijumpai. (Gambar Sydney Morning Herald)

PETALING JAYA: Dia dikenali sebagai “lelaki dalam kesunyian” di Hospital St Vincent di Sydney, tempat ramai orang mengalami sejarah hitam dalam hidup mereka.

Khaidir Abu Jalil, 34, dimasukkan ke hospital itu kerana menghidap penyakit autoimun jarang jumpa, dengan jangka hayat yang dikatakan hanya 50%. Sejak enam bulan, tiada seorang pun yang datang melawatnya.

Menurut laporan akhbar Sydney Morning Herald (SMH) di Australia, jurutera pembinaan warga Malaysia itu, tidak mengenali siapa-siapa, malah tiada seorangpun rakan.

“Kami terkejut kerana beliau baru berusia 34 tahun, prognosisnya sangat lemah, tambahan pula disebabkan begitu sakit dan menjalani rawatan intensif, tiada seorang pun pelawat yang boleh bersamanya,” lapor Dr Laila Girgis, ketua reumatologi di Hospital Umum St Vincent, Sydney kepada akhbar itu.

No comments: