Friday, April 17, 2020

Mengapa FMT letak gambar tabligh Malaysia dalam berita di India?

Muhammad Luttfi Abdul Khalid

 

Ingatkan sudah insaf, rupa-rupanya tidak

INGATKAN puak media lidah syaitan ini sudah insaf.Rupa-rupanya tidak!

Tajuk, tarikh dan waktunya adalah sama: 16 April, jam 2.21 tahun 2020.

Kejadian dan berita ini berlaku di India dan dilaporkan oleh agensi berita Reuters.

Tapi lihatlah pada gambar yang dipaparkan oleh FMT – gambar pertama dengan 1.9 ribu perkongsian Facebook memaparkan gambar para pengikut jemaah tabligh sedang melalui proses ujian saringan COVID-19 di sebuah masjid di Shah Alam.

Gambar kedua dengan 2.8 ribu perkongsian Facebook memaparkan gambar pemimpin tabligh India, Muhammad Saad Kandhalvi sebagai pihak yang bertanggungjawab.

Mari kita tanya FMT: Kenapa perlu letakkan gambar anggota jemaah tabligh Malaysia di Shah Alam, yang langsung tak ada kaitan dengan berita di India?

Apakah FMT hendak mengisyaratkan bahawa pengikut atau ahli-ahli jemaah tabligh ini seolah-olah secara jenayahnya sebagai pihak yang bertanggungjawab menyebarkan virus COVID-19 ini ke seluruh negara?

Berita yang sama dengan paparan gambar jemaah tabligh di Shah Alam juga telah disiarkan sehari sebelumnya oleh satu blog: https://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/…/india-cha…

Berita blog ini juga dikreditkan kepada FMT.

Lain-lain sumber:


Nota: Di antara kelima-lima sumber rujukan mengenai berita yang sama, tidak ada walau satu pun yang memaparkan gambar ahli-ahli jemaah tabligh Malaysia di Shah Alam, seperti mana yang dilakukan oleh FMT dengan begitu jijik, berprejudis dan berniat jahat!

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah, sejak 24 Mac 2020 lagi telah merayu dan meminta supaya rakyat Malaysia tidak menyalahkan atau mendiskriminasi jemaah tabligh di atas bencana wabak COVID-19 yang menimpa negara:https://www.bharian.com.my/…/covid-19-usah-diskriminasi-sal…

Lalu kenapa pihak FMT dengan sengaja cuba untuk mencetuskan kemarahan masyarakat dan rakyat dengan gambar yang ‘menjenayahkan’ umat Islam?

Jemaah tabligh bukan lagi satu-satunya kluster yang menjadi punca penyebaran COVID-19.

Kenapa FMT tidak menfokuskan berita mengenai ancaman virus ini dari kluster-kluster Gereja atau Kuil Hindu misalnya?

Kenapa mesti mensasarkan umat Islam?

Kenapa perlu ada kebencian seperti ini?

Syaitan manakah yang telah merasuk kamu?

Satu-satunya cara untuk ‘mengajar’ portal-portal berita seperti FMT dan yang senada dengannya ialah melalui gerakan rakyat dan umat sendiri.

Tulislah surat kepada wakil rakyat anda, kepada pemimpin masyarakat anda, kepada tokoh-tokoh agama anda, kepada ketua-ketua pengarang media ini, kepada ADUN, Menteri, Perdana Menteri, ahli-ahli politik, gerakan-gerakan sivil dan hak asasi, NGO-NGO, persatuan-persatuan mahasiswa, persatuan-persatuan belia, remaja dan wanita.

Desak mereka, tuntut mereka, asak mereka, ikuti mereka dan teriakkan ke telinga mereka:
“Kenapa kamu semua berdiam diri!!!”

Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)

No comments: