ISMA WEB
Patuhi lampu isyarat, jangan memandu di lorong kecemasan, garisan berkembar, guna telefon bimbit, memotong barisan, elak pandu laju
KUALA LUMPUR
– Memandu di lorong kecemasan adalah antara enam kesalahan utama yang
diberi tumpuan pada Op Selamat 15/2019 sempena Hari Raya Aidilfitri
bermula Rabu ini hingga 12 Jun.
Lima lagi
kesalahan ialah memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon
bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.
Ketua
Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, polis tidak akan
berkompromi dengan pengguna jalan raya yang melanggar peraturan lalu
lintas.
“Pengguna
jalan raya dinasihat untuk lebih bertanggungjawab dan tidak mementingkan
diri, jika melakukan kesalahan… saman RM300 akan dikeluarkan.
“Kami
serius dengan perkara ini, jika rasa RM300 ini jumlah yang kecil,
silalah langgar peraturan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan
Op Selamat 15/2019 sempena Hari Raya Aidilfitri di sini, semalam.
Turut
hadir Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit
Aman Datuk Azisman Alias dan Pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM)
Rosli Man.
Sementara
itu, Abdul Hamid berkata, seramai 4,500 pegawai dan anggota trafik akan
bertugas mengawal lalu lintas di seluruh negara sepanjang Op Selamat
kali ini.
Beliau
berkata, pelbagai strategi disusun bagi melancarkan pergerakan lalu
lintas serta menurunkan kadar kemalangan pada musim perayaan.
“Pelaksanaan
konsep Sub-Tek di peringkat kontinjen, rondaan di kawasan ‘blackspot’
serta kempen keselamatan masih dijalankan tahun ini kerana ia
menunjukkan keberkesanan,” katanya.
Beliau
mengingatkan orang ramai untuk mengisi Borang Maklumat Balik Kampung
yang boleh dimuat naik di aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP), di
App Store dan Google Playstore bagi membendung kegiatan jenayah ketika
mereka pulang berhari raya di kampung.
“Borang
juga boleh didapati di balai-balai berhampiran dan ia membantu
pelaksanaan polis untuk membuat rondaan di kediaman atau premis yang
ditinggalkan,” katanya.
Op Selamat
bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’ yang mendapat
penajaan TM itu turut membabitkan kerjasama pelbagai agensi seperti
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan dan PLUS
Malaysia Berhad (PLUS). – Bernama
No comments:
Post a Comment