KUALA
LUMPUR – Kerajaan dilihat tidak bersedia menangani risiko kejatuhan
harga minyak ke paras yang lebih rendah meskipun sejak Pakatan Harapan
(PH) mengambil alih pentadbiran negara, mereka telah meningkatkan
kebergantungan hasil kerajaan kepada hasil petroleum apabila
menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Menurut
bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ini menyebabkan
peningkatan aliran keluar dana asing dari Malaysia berikutan kebimbangan
para pelabur terhadap risiko tersebut.
Jelasnya, ekonomi dan mata wang negara menerima kesan besar daripada perubahan harga minyak dunia.
Pada
2015 dan 2016, harga minyak dunia telah jatuh 80 peratus sehingga
berada di bawah paras AS$30 setong dan menyebabkan ekonomi dan mata wang
negara tumbuh lebih perlahan.
“Tapi apa yang membimbangkan ialah keadaan sekarang di mana harga minyak dunia masih tinggi tapi ringgit tetap menurun.
“Harga minyak dunia sudah naik 35 peratus sejak permulaan tahun, ekonomi dan matawang kita terus jatuh pulak.
“Sejarah dicipta lagi oleh kerajaan PH.
“Apabila harga minyak dunia di sekitar AS$70 satu tong pada tahun awal 2015, nilai ringgit ialah RM3.40 berbanding AS$1.
“Sekarang,
harga minyak dunia juga di sekitar AS$70 satu tong tapi ringgit sudah
jatuh ke RM4.20,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Tambah
Najib, jika harga minyak dunia sekali lagi jatuh ke bawah AS$30 setong,
kesannya akan jauh lebih parah berbanding tahun 2015.
“Itulah juga kebimbangan ramai pelabur-pelabur asing sehingga Malaysia menjadi pasaran saham paling corot dalam dunia.
“Pelabur-pelabur asing tahu risiko ini wujud.
“Mereka
tahu jika perang dagang berterusan, pengeluaran minyak Amerika Syarikat
dan gas asli Australia masih meningkat atau Amerika Syarikat tiba-tiba
hentikan sekatan terhadap Iran, risiko ini wujud.
“Mereka tidak mahu terperangkap pada ketika kerajaan kita langsung tak bersedia,” katanya.- MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment