TELUK INTAN: PAS
Kawasan Teluk Intan telah mengedarkan sumbangan bubur lambuk sebagai
menyantuni 360 pesakit dan juga kakitangan di Hospital Teluk Intan, di
sini kelmarin.
Program ini juga bertujuan
mempromosikan PAS kepada masyarakat selain menyuburkan amalan memberi
makan orang berbuka puasa seperti dianjurkan Rasulullah S.A.W.
Serahan tersebut telah diketuai
sendiri Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Ustaz
Ismail Che Nik dan Rostam Malik bersama pimpinan yang lain.
Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS
Teluk Intan, Ustaz Lotfi Shamsuddin, pihaknya turut memberikan air
minuman dan buah tamar pada aktiviti di bawah Ihya' Ramadan itu.
Katanya, peluang tersebut turut
memberi kesempatan kepada pihak PAS Teluk Intan menyuburkan perpaduan
dengan turut sama menziarahi pesakit bukan Islam.
Beliau juga menghargai kesediaan
pengurusan Hospital Teluk Intan dalam memberi kebenaran mengadakan
edaran tersebut di wad hospital yang diharap turut membantu menceriakan
pesakit. - HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment