PROGRAM tradisi kerajaan Negeri Sembilan, Mantai Perdana akan diadakan pada 3 Jun ini bagi membolehkan orang ramai mendapatkan daging lembu pada harga lebih murah.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Bakri Sawir berkata, program itu dibuat di semua daerah dengan lokasi tumpuan di Paroi.
Katanya, melalui penganjuran di semua daerah, orang ramai tidak perlu berkunjung ke Seremban bagi mendapatkan daging lembu yang segar.
“Untuk kawasan masing-masing, sebanyak 60 ekor lembu akan disembelih dan dijual pada harga RM29 sekilogram,” katanya.
Menurut Bakri, peniaga yang mahu menjual barang keperluan lain ketika program itu dialu-alukan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang itu berkata, penganjuran Mantai Perdana di semua daerah diharap memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan daging dan menjimatkan masa mereka.
No comments:
Post a Comment