Laluan ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan
CAMERON HIGHLANDS
– Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan dua kejadian
tanah runtuh berlaku di kawasan Ringlet, di sini, awal pagi ini, namun
tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.
Ketua
Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Ashari Abu Samah berkata, insiden
pertama berlaku berhampiran kawasan kebun di Jalan Ulu Merah, Ringlet,
pada jam 6 pagi tadi dengan keluasan runtuhan dianggarkan setinggi 15
meter (m) dan 10m panjang.
“Selain
hujan lebat, terdapat paip di kawasan kebun pecah sehingga menyebabkan
tanah runtuh,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Berikutan
itu, laluan ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan dan pihak
Jabatan Kerja Raya sedang giat membersihkan jalan, katanya.
Ashari
berkata, insiden kedua berlaku di Jalan Ringlet-Blue Valley berhampiran
Kuari Batu Syarikat Perniagaan Nazri Ahmad kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Katanya,
luas kawasan terlibat adalah 32m dan setakat jam 1 tengah hari ini hanya
satu lorong dibuka untuk kenderaan dan kerja-kerja pembersihan masih
dijalankan. – Bernama
No comments:
Post a Comment