ISMA WEB
SEREMBAN
– Seorang pelajar maut manakala 20 lagi dilaporkan cedera dalam
kemalangan membabitkan sebuah bas henti-henti Mybas dan sebuah kenderaan
utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail di Jalan Pantai-Bukit Tangga,
Jelebu, hari ini.
Ketua
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan,
Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir, bagaimanapun berkata, tahap
kecederaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 4 petang
itu belum dapat dipastikan.
“Siasatan masih diteruskan dan maklumat penuh akan menyusul,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Difahamkan,
mangsa yang maut adalah pelajar lelaki Kolej Vokasional Kuala Klawang,
berusia 17 tahun berasal dari Selangor yang baru selesai menduduki
peperiksaan akhir semester pagi tadi.
Jurucakap
Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, bas terbabit membawa seramai 27
penumpang, termasuk pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang dan Maktab
Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang, ketika kejadian.
“Bas itu
dipercayai terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar pokok lalu, terbalik
berdasarkan keadaan di lokasi kejadian. Bagaimanapun pihak polis masih
menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar.
“Kami tiba
di lokasi kejadian kira-kira jam 4.15 petang dan melihat beberapa
pelajar terbaring di atas jalan raya. Seorang tersepit dan dipercayai
telah meninggal dunia. Empat cedera parah,” katanya.
No comments:
Post a Comment