Friday, May 3, 2019

AS akan pulangkan RM828 juta dana 1MDB

Agensi
 
 Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu 421 dokumen berkaitan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas empat pertuduhan rasuah membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion, diserahkan kepada pihak pembelaan untuk digunakan bagi tujuan perbicaraan.




Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk memulangkan kira-kira AS$200 juta (RM828 juta) dana yang didakwa telah disalahguna daripada 1Malaysia Developmend Bhd. (1MDB).

Jumlah tersebut meliputi AS$140 juta daripada penjualan kepentingan dalam Park Lane Hotel di New York dan AS$60 juta daripada pembayaran penjelasan oleh penerbit filem Wolf of Wall Street, kata dua individu yang tidak mahu dikenali.

Pemindahan dana itu mungkin dilakukan pada minggu depan, lapor Bloomberg.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menghubungi negara dari Switzerland hingga Singapura meminta bantuan menjejaki dan mendapatkan semula RM44.5 bilion yang dipercayai telah dicuri daripada 1MDB.

Skandal yang menyelubungi dana yang diwujudkan negara ini untuk membiayai projek pembangunan di negara-negara ASEAN telah menjejaskan individu dan institusi yang membabitkan bekas Perdana Mneteri, Datuk Seri Najib Razak hingga Goldman Sachs Group Inc.

Wakil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) tidak mengulas seperti yang diminta selepas operasi perniagaan tamat semalam.

Malaysia memperoleh semula AS$126 juta pada bulan lalu berikutan penjualan kapal layar mewah yang suatu ketika dahulu milik Jho Low, ahli perniagaan dalam pelarian yang dipercayai dalang skandal tersebut.

Ia merupakan jumlah terbesar dana berkaitan 1MDB yang diperolehii semula negara itu selepas menerima AS$11.1 juta daripada jirannya, Singapura pada tahun lalu.

Low berulang kali menafikan dakwaan ke atas dirinya.

Pihak berkuasa Singapura bersedia untuk memulangkan kira-kira AS$25.69 juta yang diserahkan oleh bekas tokoh bank Goldman Sachs, Roger Ng dan keluarganya berhubung skandal 1MDB kepada Malaysia, kata individu yang biasa dengan perkara tersebut.

Kepentingan dalam hotel Park Lane yang terletak di selatan Central Park dijual pada Februari lalu sebanyak AS$140 juta selepas Low bersetuju menggugurkan dakwaannya ke atas hartanah tersebut.

Sebanyak AS$60 juta telah dibayar oleh Red Granite Pictures Inc., yang diasas bersama anak tiri Najib, Riza Aziz, sebagai sebahagian daripada penjelasan yang dilakukan dengan DoJ terhadap dakwaan bahawa ia membiayai filem Wolf of Wall Street dengan dana yang disalahgunakan daripada 1MDB.

Pada minggu ini, DoJ berkata, satu set barangan kemas permata bernilai AS$1.7 bilion yang diberi Low kepada ibunya, yang mana pembelian didakwa menggunakan wang 1MDB, akan dipulangkan kepada AS sebagai sebahagian daripada tuntutan undang-undang pelucutankan. – Agensi

No comments: