Jumaat, 23 Mac 2018

Undang-undang media akan digunakan terhadap pembangkang pada PRU14

Undang-undang media akan digunakan terhadap pembangkang pada PRU14
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy berbual ketika menghadiri sidang akhbar di Komtar hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh
 
PEMIMPIN Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata Akta Komunikasi dan Multimedia dan undang-undang berita palsu yang akan dibentangkan di Parlimen akan digunakan terhadap pembangkang dan parti mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua menteri Lim Guan Eng sedang disiasat di bawah Seksyen 233 akta itu berhubung satu video anti cukai barangan dan perkhidmatan mata pelancaran program tuisyen percuma, Sabtu lalu.

Semalam, dua ahli DAP M. Satees dan David Marshel didakwa di mahkamah Kuala Lumpur di bawah undang-undang sama berkenaan posting mereka di Facebook tahun lalu yang mendakwa Presiden MIC Dr S. Subramaniam memberikan kontrak kepada individu ada kaitan dengan parti, sehingga mereka kaya mendapat keuntungan besar.

“Menjelang pilihan raya, saya fikir akta ini akan kerap digunakan,” kata Timbalan Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy pada sidang akhbar di Komtar hari ini.

Beliau mempertikaikan kenapa Satees dan David dikenakan dakwaan jenayah sedangkan pihak berkenaan boleh saja saman mereka kerana memfitnah.

“Kenapa mereka berdepan tuduhan jenayah? Ada banyak kes salah guna di Internet, tetapi kenapa kes ini,” kata Ramasamy.

Kesalahan di bawah Seksyen 233 akta itu termasuk penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000, penjara tidak lebih setahun, atau kedua-duanya.

Lim menyifatkan Seksyen 233 sebagai “peruntukan semua sekali” yang disasarkan kepada pemimpin pembangkang dan parti mereka untuk mendiamkan semua perbezaan.

“Saya diganggu dan dihina banyak kali dan saya failkan saman fitnah.

“Tetapi jika begini caranya (kerajaan menggunakan Seksyen 233), mereka sepatutnya kejar banyak pemimpin BN yang buat kenyataan berunsur perkauman. Kenapa tidak ada tindakan?,” katanya.

Tiada ulasan: