Jumaat, 1 September 2017

Tiga penjuru: Allah akan tentukan PAS menang atau kalah pada PRU14 - Ahmad Dusuki

 Oleh Syed Mu'az Syed Putra
 
Post Pic
SHAH ALAM: Menang atau kalahnya PAS dalam saingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti adalah ketentuan Allah bukan manusia, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Selangor Ahmad Dusuki Abd Rani.
"Insya-Allah kita yakin dengan kuasa Allah.
"Allahlah yang menentukan keputusan bukannya manusia yang menentukan keputusan," katanya kepada Antarapos.
Justeru beliau menambah tanpa mengira sama ada PAS akan berdepan pertandingan tiga penjuru atau lebih jentera pilihan raya parti itu sudah bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.
"Jadi Bagi kita datanglah 10 penjuru sekalipun kita tetap letak keyakinan kita kepada Allah.
"Yang membuka dan menutup hati manusia ialah Allah bukannya manusia yang membuka dan menutup hati manusia," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Dusuki yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat berkata jenteta serta pimpinan semua peringkat akan mematuhi arahan pucuk tertinggi parti berhuhungan perkara itu.
"Jadi sekarang ini kita ikut arahan pimpinan, kalau pimpinan kata lawan maka kita lawan.
"Kalau pimpinan kata jangan lawan, jadi kita tak perlu lawan," katanya.
Pertandingan tiga penjuru hampir pasti berlaku dlm PRU14 selepas Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan PPBM memukamadkan keputusan menolak kerjasama dengan PAS

Tiada ulasan: