Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Parti Generasi Baru (NewGen) perlu membuat permohonan dan
mengikuti prosedur yang ditetapkan jika ia berminat menyertai Pakatan
Harapan (PH).
Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jeyakumar berkata jawatankuasa Pakatan
Harapan akan meneliti permohonan sebelum mana-mana parti diluluskan
sebagai komponen kelima di dalam gagasan pembangkang itu.
"Jika mereka berminat, kena tulis (permohonan) kepada PH. PH juga ada
jawatankuasa untuk meneliti perkara-perkara berkaitan kekuatan, latar
belakang dan sebagainya sebelum kita membuat keputusan
"Sehingga sekarang kita tidak terima apa-apa (permohonan) melainkan
maklumat yang saya dapati daripada media," katanya kepada Antarapos,
hari ini.
Semalam NewGen mengumumkan hasrat menyertai PH dan berikrar mahu
membantu dalam menarik sokongan etnik minoriti sekaligus menyumbang
kepada kemenangan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Pengerusinya, Rajaretinam Armuggan berkata parti itu akan memperjuangkan hak semua etnik minoriti dan menggerakkan pengundi minoriti untuk menyokong PH.
Pengerusinya, Rajaretinam Armuggan berkata parti itu akan memperjuangkan hak semua etnik minoriti dan menggerakkan pengundi minoriti untuk menyokong PH.
Tambah Rajaretinam, partinya bermatlamat untuk mengukuhkan PH dengan
menjanjikan bantuan kepada gabungan itu dalam usaha memenangi sehingga
25 kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dimenangi tipis.
Xavier kemudiannya berkata PKR terbuka dengan mana-mana pihak yang
mempunyai tujuan yang sama menumbangkan Barisan Nasional (BN).
"Mana-mana parti yang hendak membantu PH dengan agenda bersama kita
untuk menjatuhkan kerajaan, kita akan terima, tiada masalah. Namun kena
datang tanpa ada syarat atau terlalu banyak permintaan," katanya.
Rajaretinam pada semalam turut memaklumkan parti itu akan membantu
mengekalkan 12 kerusi parlimen yang gabungan itu menang tipis.
Dalam pada itu katanya, NewGen tidak mempunyai hasrat untuk bertanding
di mana-mana kerusi yang dimiliki mana-mana pemimpin India dalam PH
tetapi hanya akan bertanding untuk kerusi yang dikenalpasti dan
dibenarkan Majlis Presiden PH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan