BIARPUN ramai tahu sebahagian besar sekolah tahfiz
yang diurus pihak persendirian kurang sempurna, namun ibu bapa tetap
juga memilih sekolah terbabit.
Ini
kerana ibu bapa era pascateknologi sedar mereka amat memerlukan
pendidikan agama kepada anak sebagai benteng akidah menghadapi ancaman
global.
Yang Dipertua Pertubuhan Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA), Dr
Zulkeflee Yaacob berkata, kesedaran kepada agama menyebabkan pusat
pengajian tahfiz berkembang pesat sekarang.
Bagaimanapun malang ada tokoh agama yang berstatus mufti seperti memperlekehkan pusat pengajian tahfiz.
“Sesiapa pun boleh membuat komentar terhadap kejadian yang berlaku
terhadap beberapa sekolah tahfiz termasuk gagal patuhi piawai
keselamatan.
“Sepatutnya kita tampil membantu kerana ada pusat pendidikan tahfiz
dan pondok kekurangan dana, fasiliti dan sumber kewangan tidak
mencukupi,” katanya di Kota Bharu.
Baru-baru ini Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilapor
berkata, mahaad tahfiz di mana-mana saja tidak memenuhi syarat, namun
kerana sentimen agama pihak berkuasa takut hendak ambil tindakan. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan