TINDAKAN Presiden Umno, Dato Seri Najib Razak
memanggil semua Ahli Majlis Tertinggi Umno dan menjemput wartawan
secara tergempar dan akhirnya hanya mengumumkan kemasukan semula Tan Sri
Muhammad Taib kepada Umno adalah tindakan yang bijak untuk mengalih
perhatian masyarakat.
Bagaimanapun kejutan yang dinantikan rakyat tidak pun menjadi, malah
ia hanya satu perkhabaran yang boleh sahaja diumumkan dalam media sosial
sahaja.
Namun dalam masa yang sama kata AJK PAS Pusat, Zainal Abidin Kidam ia
juga membawa gambaran sesuatu permainan politik Umno yang cukup tidak
bijak.
Malah kata beliau begitu banyak yang berpandangan bahawa Setiausha
Agong Umno lebih bijak dari permainan politik yang hendak memperbodohkan
rakyat sebegitu rupa.
"Ramai yang yakin bahawa Najib memang ada sesuatu berita penting yang
hendak di umumkan cuma perancangan tersebut tidak menjadi dan terpaksa
digugur di saat akhir," katanya sinikal.
Antara teori yang diutarakan ialah Muhammad Taib bukan saja telah
keluar dari PKR tetapi tambah Zainal Abidin, bekas MB Selangor itu
katanya telah mampu untuk membawa bersamanya beberapa ADN Selangor dari
parti PKR memasuki Umno.
"Dengan kemasukan ADN tersebut Umno dikatakan mampu membentuk
kerajaan di Selangor dengan kerjasama PAS," kata teori yang dilihat
hanya memfokuskan fitnah ke atas PAS kata beliau kepada Harakahdaily
hari ini.
Kata beliau lagi jika ada menganggap terdapat kemungkinan kebenaran
kepada teori ini ia terbukti gagal apabila cuba dikaitkan dengan PAS
dalam perancangan rahsia tetsebut.
"Ini kerana PAS telah berpuluh kali menegaskan bahawa PAS tidak akan
bersama dengan Umno dalam apa jua bentuk kerjasama politik dengan Umno,"
tegasnya.
"Berhentilah usaha yang sia-sia dan membuang masa untuk terus
mengutuk PAS hendak bersama dengan Umno sama ada dari parti pembangkang
atau dari parti Umno sendiri," kata beliau melaungkan amaran.
Malah katanya lagi mana-mana pihak tidak akan mampu mempengaruhi PAS
yang berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dan keputusan yang
utarakan oleh ahli PAS dalam Muktamar 2015 dan 2017 dan di putuskan oleh
Majlis Syura Ulama PAS. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan