0 1 0 1
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low Seng
Kuan berkata, jawatankuasa teknikal mengenai perkara itu dalam proses
menggubal akta baharu itu.
KUALA LUMPUR: Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) yang dicadangkan tidak akan dibentangkan di Parlimen sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan.
Beliau berkata, jawatankuasa teknikal mengenai perkara itu dalam proses menggubal akta baharu itu.
“Ia adalah akta baharu dan memandangkan ia baharu, sudah tentu penggubalannya mengambil masa.
Satu perkara baik mengenai akta tersebut ialah kami telah berbincang dengan masyarakat dan parti politik mengenainya.”
Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai Persidangan Serantau mengenai Demokrasi di Asia Tenggara, anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Yayasan Kofi Annan hari ini.
Persidangan 2 hari itu dirasmikan bekas presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, sementara bekas Menteri Luar Thailand, Tan Sri Dr Surin Pitsuwan akan menutup persidangan tersebut esok.
Turut hadir Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail.
Persidangan itu dihadiri wakil kerajaan, parti politik, pertubuhan masyarakat sivil, ahli akademik dan media.
Negara yang menyertai persidangan itu ialah Malaysia, Indonesia, Singapura, Timor Leste, Filipina, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Kemboja.
Pada persidangan itu, 6 panel akan membincangkan isu pembangunan dan pendemokrasian, hubungan antara pertumbuhan ekonomi dan pendemokrasian, badan pengurusan pilihan raya sebagaicara membina kepercayaan dan legitimasi dalam proses politik.
Isu lain ialah pembiayaan pilihan raya tanpa menjejaskan legitimasi, pluralisme dan politik identiti dalam demokrasi, serta peranan organisasi masyarakat awam dalam memastikan hak politik dihormati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan