PENGKALAN CHEPA: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun
memaklumkan siasatan polis terhadap kes kebakaran pusat tahfiz Khamis
lalu hampir selesai.
Beliau memaklumkan beberapa pihak lain, antaranya Tenaga Nasional
Berhad, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Kimia
memerlukan sedikit masa untuk menyiapkan laporan mereka.
Kejadian kebakaran awal pagi di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Khamis lalu meragut nyawa 23 orang pelajar dan tenaga pengajar.
"Sebaik kesemua laporan siap, kertas siasatan akan diserahkan kepada
pihak pendakwa raya untuk tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan Program Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM)
2017 di Kampus Kota Universiti Malaysia Kelantan di Pengkalan Chepa hari
ini.
Malah menurut Fuzi siasatan pasukan khas bagi menyiasat kebocoran
maklumat dan perincian penyiasatan kes berkaitan kebakaran Pusat Tahfiz
Darul Quran Ittifaqiyah itu berjalan lancar.
Pihak polis memandang serius perkara itu selepas fakta kes dan maklumat
sulit tentang penahanan suspek serta beberapa gambar mereka menjadi
tular di media sosial, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan