Ahad, 3 September 2017

Kenderaan terkandas, Jalan Kuching banjir kilat

SINAR ONLINE

Banjir baru
 
 
KUALA LUMPUR - Hujan lebat selama sejam sejak kira-kira 5 petang tadi mengakibatkan Jalan Kuching di sini dilanda banjir kilat, menyebabkan beberapa kenderaan terkandas.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur Zamani Ismail berkata kejadian berpunca dari limpahan air Sungai Batu yang berhampiran berikutan hujan lebih itu.

"Bagaimanapun, Skuad Penyelamat yang tiba di lokasi kejadian mendapati banjir telah surut pada pukul 6.45 petang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Zamani berkata, tiada banjir teruk dilaporkan di lokasi lain setakat ini.

Video berdurasi 38 saat yang tular petang ini menunjukkan beberapa kenderaan terkandas di Jalan Kuching akibat banjir kilat itu. - Bernama

Tiada ulasan: