Sabtu, 16 September 2017

Bomba kena periksa semua pusat tahfiz, kata Noh

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat diminta melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan di semua pusat tahfiz agar ia menepati prosedur keselamatan yang ditetapkan, ujar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.
 
"Saya telah arahkan bomba di setiap daerah untuk memeriksa semua tahfiz supaya menepati aspek keselamatan berdasarkan apa yang termaktub dalam Akta Bomba,” kata Noh memetik kenyataan di Facebooknya.
 
Gesaan itu timbul selepas kejadian kebakaran melibatkan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada awal pagi semalam yang mengorbankan 21 pelajar dan dua orang warden.
 
Noh pada semalam memberitahu, pusat tahfiz yang terletak di Jalan Keramat Hujung itu tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan selain telah diubah suai daripada struktur asal.
 
 

Tiada ulasan: